Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia https://www.facebook.com/aang.muttaqin, Oleh :ir aang zezen zainal muttaqin.SH.M.Ag,

Kemudian
baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya,
lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur
kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan
petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar
bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai
pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku
sombong terhadap Allah.”
Allah
berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami
jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya
dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu
bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian
kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat
Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke
Arsyila’ la.”
Kami
bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya
Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami
bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya
Rasulullah?
Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”
Kami
bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?”
Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.
Kemudian
baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni
kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku,
maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku
ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu
semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan
aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail,
kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat
Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda
dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum
lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya,
dan kemudian kamu semua.”
Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.
Sehari
menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit
baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal
bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan
pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:
“Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata
lagi “Assolah yarhamukallah.”
Fatimah
menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah
Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang,
maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia
berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian
Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.
Setelah
Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya
sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja
agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”
Maka
keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya
sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan
ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada
Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat
tersebut.
Ketika
Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong,
sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan
perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan.
Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising
sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda
bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?
Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan
bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”
Kemudian
Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas
ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan
menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda
melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya
ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam
pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia
adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku
berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana
aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini
adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan
sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”
Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka
turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT.
Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu
tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun
berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian,
sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar
menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai
Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan
sakit.”
Kemudian
Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum.
Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar
suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya
Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah
menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya
katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit.
Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang
menggetarkan sukma.”
Rasulullah
SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah
menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan:
“Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus
keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”
Kemudian
Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut.
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika
ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab:
Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk
berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
Malaikat
Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut
nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya
akan pulang.
Rasulullah
SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau
tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?”
Jawab Malaikat Maut.
Baru
sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as
datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah
Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui
bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai
kekasih Allah.”
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”
Baginda
SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai
Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab
lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan
bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah
mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya
menanti kedatangan rohmu.”
Baginda
SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku.
Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku?
Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk
tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai
pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”
Kemudian
Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku
panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang
khabar yang menggembirakan aku?”
Jibril as
bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang
ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku,
apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca
Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi
orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan
sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang
berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”
Jibril
menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda.
Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga
bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu
memasukinya terlebih dahulu.”
Maka
berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan
perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?”
Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.
Ali ra
bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan
baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah
menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau
wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan
Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.
Kemudian
Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika
roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril,
alangkah pedihnya maut.”
Mendengar
ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak
suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah,
siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan
baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh
yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.
Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”
Dikisahkan
dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya
Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku
ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana.
Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu
malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian
orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena
tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah
berada di dalam tanah.”
Mu’az
terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan:
“A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu
ia lalu mengerjakan solat.
Pada
malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?”
Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar
sebahagian penduduk Yaman.
Pada esok
harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada
mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar
untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang
sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka
berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima
Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang
bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”
(Az-Zumar: 30).
Maka
menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah
ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman
Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”
(Ali-lmran: 144)
Maka
Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?”
Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke
Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia
berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka
akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan
orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri
yang tidak ada pengembala.”
Kemudian
ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad
SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat
ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota
Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari
tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah
yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”
Lalu
Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az
bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW?
Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya
Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan
itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang
itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az
sedarlah dan bangunlah.”
Ketika
Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk
surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop
dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu
mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya,
kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.
Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat
itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy
ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama
Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang
sedang pengsan.
Ketika
Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata:
“Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar
dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah
salamku kepada Mu’az.”
Maka
Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan
suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus
nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah
dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda,
ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini,
wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda
Siti Aisyah ra.”
Ketika
sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan:
“Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?”
Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah
sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az
menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:
“Assalamualaikum ya ahli bait.”
Siti
Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah
SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang
perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia
adalah kekasih Rasulullah SAW.”
Kemudian
Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika
Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan
tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata
kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan
kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai
imam ulama.”
Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.